Monday, October 7, 2024
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia

    NANCHANG, 6 OKT – Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul) dalam perlawanan akhir yang mendebarkan kelmarin di Nanchang, Wilayah Jiangxi di timur China, lapor Xinhua.

    Dalam perlawanan ulangan final tahun lepas, Indonesia memusnahkan harapan China untuk mempertahankan gelaran mereka. Xu Wenjing memberikan permulaan yang baik untuk China dengan kemenangan 11-7 dalam perlawanan pertama perseorangan wanita.

    Bagaimanapun, Indonesia dengan pantas mengubah keadaan, mendahului 55-48 selepas lima pusingan pertama.

    Walaupun dengan usaha terbaik China, pemain mereka tidak berjaya merapatkan jurang dalam lima pusingan seterusnya. Pasukan Indonesia mengekalkan kelebihan mereka dan memastikan kejuaraan menjadi milik mereka dengan mengekalkan kelebihan tujuh mata.

    Tahun ini menandakan debut format relay dalam kejohanan, dengan setiap perlawanan terdiri daripada 10 pusingan.

    Pusingan-pusingan itu termasuk dua perlawanan masing-masing dalam perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

    Pasukan pertama yang mengumpul 110 mata akan dinobatkan sebagai pemenang.

    China kekal sebagai pasukan paling berjaya dalam sejarah acara berpasukan campuran, dengan 14 gelaran daripada 20 edisi. Korea Selatan mengikuti dengan tiga kejuaraan, manakala Indonesia meraikan gelaran kedua mereka dengan kemenangan terbaharu ini. – Bernama

    Pasukan Indonesia meraikan kejayaan selepas memenangi kejuaraan di Nanchang, China, baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda