Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia: Kapal bawa 12 penumpang terputus hubungan

    JAKARTA, 7 OKT – Sebuah kapal membawa 12 penumpang terputus hubungan di perairan pulau peranginan Bali, Indonesia dengan operasi mencari serta menyelamat sedang dijalankan, kata pihak penyelamat hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

    Kapal nelayan, KM Tanjung Permai, dikendalikan syarikat PT Liniati Abadi, kali terakhir berkomunikasi pada 9 malam waktu tempatan, Isnin, kata Ketua Unit Operasi Pejabat Mencari dan Menyelamat di Bali, Anak Agung Ketut Alif Supartana.

    “Menurut syarikat itu, semasa komunikasi, seorang kru melaporkan air laut melimpah masuk ke dalam kapal,” kata penyelamat.

    Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kapal itu mengalami kebocoran atau disebabkan gelombang besar, kata Supartana.

    Katanya, kapal itu menjalankan aktiviti menangkap ikan di Selat Badung, selatan pulau Bali sebelum terputus hubungan. Cuaca buruk melanda daerah itu sejak beberapa hari lalu, dengan ombak besar dilaporkan berlaku di kawasan perairan.

    “Semua nelayan sudah dimaklumkan mengenai keadaan itu oleh agensi cuaca yang menasihatkan aktiviti penangkapan ikan ditangguhkan,” ujarnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda