JAKARTA, Indonesia, 20 Ogos – Indonesia menuduh para penganjur Malaysia bagi Sukan Asia Tenggara, cuai apabila bendera Indonesia dicetak terbalik dalam buku panduan cenderahati.
Kesilapan itu, yang mengakibatkan bendera merah dan putih Indonesia menyerupai bendera Poland, telah mengundang kemarahan di Indonesia yang mana ‘shameonyoumalaysia’ menjadi hashtag paling popular di Twitter.
Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo juga menggesa bagi permohonan maaf, tetapi berhati-hati daripada membesar-besarkan insiden ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)