JAKARTA, 2 DIS – Indonesia melanjutkan tempoh kua-rantin mandatori daripada tujuh hari kepada 10 hari untuk pengembara yang masuk ke negara itu berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron.
Langkah yang disemak semula itu akan berkuat kuasa pada 3 Disember, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Binsar Pandjaitan, yang bertanggungjawab menguruskan pandemik COVID-19.
Dalam langkah berjaga-jaga yang lain, pegawai kerajaan dilarang melancong ke luar negara buat sementara waktu dan rakyat juga digesa untuk mengelak daripada melakukan perjalanan.
“Dasar ini tertakluk kepada perubahan semasa sementara kami cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai varian baharu ini,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin, sambil menambah bahawa tiada kes varian Omicron yang dikesan setakat ini.
Indonesia melaporkan 10 kematian dan 278 kes baharu semalam. Tetapi pertambahan dalam kes varian Omicron di beberapa negara menyebabkan kerajaan meningkatkan pengawasan sempadannya. – Bernama