Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia lulus pesawat 737 MAX terbang semula

    JAKARTA, INDONESIA, 29 DIS – Indonesia berkata hari ini ia telah membatalkan sekatannya ke atas pesawat udara 737 MAX Boeing, tiga tahun selepas sebuah terhempas di Laut Jawa sejurus berlepas membunuh kesemua 189 penumpang di dalamnya.

    Kementerian Pengangkutan berkata dalam satu kenyataan hari ini yang pesawat itu akan dibenarkan terbang di Indonesia, namun hanya selepas syarikat penerbangan itu menjalankan kebenaran kelayakan penerbangan.

    Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Novie Riyanto berkata kementerian itu juga akan menjalankan pemeriksaan sebelum pesawat itu dibenarkan untuk beroperasi di negara tersebut.

    “Beberapa operator penerbangan menyatakan yang mereka telah menjalankan kebenaran kelayakan terbang bagi pesawat 737 MAX, menurut peruntukan FAA dan akan menyediakan latihan dan simulator di kemudahan berdekatan, di Singapura,” kata Riyanto. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda