Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia lulus rang undang-undang data peribadi

    JAKARTA, 20 SEPT – Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia meluluskan rang undang-undang data peribadi hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Johnny G. Plate selepas sesi pleno untuk menggubal undang-undang baharu itu.

    Menteri itu berkata rang undang-undang itu, yang dicadangkan pada 2016, akan mengukuhkan kepercayaan dan mengiktiraf kepimpinan Indonesia dalam tadbir urus data global, lapor Xinhua.  

    “Daripada perspektif kerajaan, undang-undang perlindungan data itu akan mengukuhkan peranan dan kuasa kerajaan dalam menguatkuasakan serta memantau pematuhan dan obligasi semua pengendali data,” kata Plate. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda