Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Indonesia luluskan lima vaksin untuk dos penggalak

    JAKARTA, 10 JAN – Pihak berkuasa Indonesia hari ini memberikan kelulusan kecemasan bagi penggunaan lima jenis vaksin COVID-19 berbeza sebagai dos penggalak yang akan mengutamakan kumpulan mudah terdedah.

    Penny Lukito, ketua Agensi Pemantauan Makanan dan Ubat-ubatan, mengatakan vaksin Sinovac, Pfizer, AstraZeneca, Moderna dan Zifivax akan diagihkan sebagai suntikan dos ketiga negara. Lukito menambah, terdapat beberapa lagi vaksin tambahan yang kini dalam proses ujian klinikal untuk diperoleh bagi permit penggunaan kecemasan.

    “Kami perlu memberikan vaksin penggalak dalam usaha mengekalkan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19,” kata Lukito dalam satu sidang media hari ini.

    Program suntikan penggalak dijalankan Kementerian Kesihatan akan bermula pada Rabu dan mengutamakan golongan populasi negara itu yang berisiko tinggi berusia 18 tahun ke atas, khususnya warga emas dan kumpulan individu yang lemah imun sistemnya, menurut satu kenyataan kementerian.

    Kerajaan sudah pun mengagihkan suntikan penggalak kepada petugas perubatan sejak Julai tahun lalu.

    Kerajaan juga mengagihkan vaksin penggalak percuma kepada warga emas dan kumpulan terdedah lainnya.

    Indonesia setakat Ahad, merekodkan lebih daripada 4.2 juta kes COVID-19 dan lebih 144,000 kematian. Semasa puncak gelombang COVID-19 dalam Julai tahun lalu, ia mencecah 56,757 kes sehari ketika hospital terbeban oleh pesakit dan kekurangan katil serta bekalan oksigen.

    Kira-kira 116 juta rakyat di negara itu sudah melengkapkan dua dos vaksin daripada sejumlah 208 juta orang yang disasarkan kerajaan. – AP

    Petugas kesihatan kelihatan di pasar ketika mereka mengadakan ujian saringan besar-besaran di Jakarta, Indonesia, 10 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...