Sunday, July 7, 2024
22 C
Brunei

    -

    Indonesia luluskan perjanjian ekstradisi Singapura

    JAKARTA, 15 DIS – Parlimen Indonesia hari ini meluluskan satu perjanjian ekstradisi bersama Singapura yang akan membantu Jakarta mengesan suspek-suspek rasuah yang mendapatkan perlindungan atau menyimpan wang di luar negara di negara bandar itu.

    Kerajaan Indonesia sedang berusaha mendapatkan balik berbilion-bilion dolar wang jaminan yang diberikan semasa krisis kewangan pada lewat 1990an dan 2008 yang tidak pernah dibayar semula oleh suspek-suspek yang Jakarta gelar penjenayah ekonomi, dipercayai bersembunyi di Singapura.

    Pegawai-pegawai Indonesia telah lama mengadu mengenai apa yang mereka katakan kebebasan yang dinikmati oleh pelarian-pelarian ke negara jiran di mana mereka dipercayai memasukkan ratusan juta dolar ke bank-bank dan hartanah.

    Penggubal undang-undang meluluskan rang undang-undang berkenaan pada satu sesi pleno hari ini dan ia dijangka ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden Joko Widodo.

    “Perjanjian ekstradisi dengan Singapura ini akan memudahkan penguat kuasa undang-undang menyelesaikan jenayah apabila penjenayah-penjenayah berada di Singapura,” Menteri Keadilan dan Hak Asasi Manusia, Yasonna Laoly memberitahu parlimen sebelum undian.

    Ia akan digunakan bagi berpuluh-puluh jenayah yang telah dilakukan sejak 18 tahun lalu, katanya, termasuk kesalahan-kesalahan dadah, keganasan dan penggubahan wang haram. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...