Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia naikkan cukai eksais rokok

    JAKARTA, 4 NOV – Kerajaan Indonesia memutuskan untuk menaikkan cukai eksais rokok bagi mengurangkan perokok dalam kalangan golongan muda dan meningkatkan kesedaran tentang bahaya merokok pada 2023 dan 2024, kata Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani kelmarin.

    Mesyuarat mengenai dasar eksais tembakau yang diketuai Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Presiden Bogor memutuskan kerajaan akan menaikkan kadar eksais rokok kretek buatan mesin daripada 11.50 kepada 11.75 peratus, rokok putih daripada 11 kepada 12 peratus dan rokok gulung pada purata 5 peratus, lapor Xinhua. Kenaikan kadar eksais juga akan dikenakan ke atas rokok elektronik dengan kadar purata 15 peratus.

    “Rokok meliputi penggunaan kedua tertinggi isi rumah miskin bandar iaitu sebanyak 12.21 peratus dan luar bandar sebanyak 11.63 peratus, juga antara punca kematian dan masalah bantut,” kata Sri Mulyani.

    Indonesia menyasarkan untuk mengurangkan jumlah perokok dalam kalangan belia berumur 10 hingga 18 tahun daripada 9.1 peratus kepada 8.7 pada 2024 menerusi Rancangan Pembangunan Jangka Sederhana Nasional bagi tempoh 2020-2024. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda