Tuesday, July 2, 2024
21.5 C
Brunei

    -

    Indonesia pamer produk halal di CF29

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Sempena Pesta Pengguna ke-29 (CF29) anjuran D’Sunlit Sdn Bhd, Kedutan Besar Republik Indonesia (KBRI) turut mengadakan Pameran Produk Halal Indonesia bermula hari ini hingga 30 Jun yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Dalam acara selama lima hari itu, pameran tersebut akan memperlihatkan pelbagai produk Indonesia bermula dari produk kraf tangan, makanan, ubat-ubatan tradisional dan banyak lagi.

    Hadir bagi merasmikan pameran berkenaan ialah tetamu kehormat majlis, Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, dan Duta Besar Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Prof Dr Achmad Ubaedillah.

    Pameran berkenaan telah disertai oleh 20 peserta dari Indonesia sebagai usaha untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Indonesia dan Industri Halal Indonesia di mana mereka telah mempamerkan produk masing-masing.

    Turut menyertai ialah wakil daripada Persekutuan Pengusaha Indonesia ke Brunei dan Persatuan Masyarakat Indonesia di Brunei Darussalam (PERMAI).

    Menurut Duta Besar Rakyat Indonesia, beliau berharap pada tahun ini, Indonesia dan Brunei akan dapat meningkatkan trend perdagangan dua hala, terutama sekali sepanjang ekspo berlangsung.

    “Saya juga berharap ekspo halal ini akan dapat membangkitkan minat para pelabur Brunei untuk berkecimpung dalam industri halal di Indonesia dan para ejen pelancongan Brunei juga diharap mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai destinasi mesra Muslim di Indonesia,” ujarnya lagi.

    Pelancaran pameran berkenaan turut diserikan dengan pertunjukan angklung yang dipersembahkan oleh warga masyarakat Indonesia di Brunei.

    TYT Prof Dr Achmad Ubaedillah semasa menyampaikan ucapan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hujan menyebabkan kematian, kemusnahan di beberapa negeri di India

    NEW DELHI, 1 JULAI – Selepas gelombang haba yang membawa maut, India kini bergelut dengan hujan monsun yang lebat, yang telah menyebabkan banjir kilat,...