Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia perkenal bon untuk dana pemuliharaan laut

    JAKARTA, 16 JUN – Kerajaan Indonesia telah melancarkan Bon Terumbu Karang, satu instrumen pembiayaan untuk pemuliharaan laut sebagai usaha mengumpul dana sehingga  AS$200 juta setiap tahun bagi menampung kawasan pemuliharaan laut, kata seorang menteri kelmarin.
     
    Menurut Menteri Hal Ehwal Maritim dan Perikanan, Sakti Wahyu Trenggono dalam satu kenyataan, bon itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan itu untuk mencapai sasaran 30 peratus kawasan pemuliharaan laut menjelang tahun 2045. Bon tersebut diperkenalkan buat pertama kali semasa Persidangan Lautan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ketiga yang diadakan di Nice, Perancis, pada 9 hingga 3 Jun tahun ini.
     
    Terdapat tiga kawasan pemuliharaan utama yang menjadi keutamaan pelaksanaan bon ini, iaitu Kawasan Pemuliharaan Nasional Raja Ampat, Kawasan Pemuliharaan Wilayah Raja Ampat, dan Kawasan Pemuliharaan Wilayah Kepulauan Alor, menurut Trenggono.
     
    “Indonesia akan menguruskan dana daripada kupon yang tidak diterima bagi memastikan hasil pemuliharaan yang terukur dan mampan di lokasi-lokasi tersebut,” kata Trenggono yang dipetik oleh media tempatan.
     
    Beliau turut berkata bahawa Bon Terumbu Karang merupakan instrumen pembiayaan berasaskan hasil pertama di dunia untuk pemuliharaan laut yang tidak diperoleh daripada hutang negara mahupun dana kerajaan. – Xinhua
     
    Penyelam memerhati terumbu karang di perairan Banyuwangi, Jawa Timur, pada 4 Mei. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda