Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia perkukuh hubungan ekonomi dengan China

    JAKARTA, 19 MAC – Indonesia memperkukuh perkongsian ekonominya dengan China menerusi inisiatif baharu yang bertujuan menarik pelaburan industri ke Zon Ekonomi Khas (SEZ) Batang di Jawa Tengah.  

    Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto berkata projek itu, sebahagian daripada program Taman Berkembar Dua Negara (TCTP) dijangka menjana pelaburan kira-kira 16 trilion rupiah atau kira-kira AS$1 bilion.  

    “Kerajaan terus memanfaatkan SEZ untuk menarik pelaburan asing, dengan beberapa zon diberikan keutamaan untuk pembangunan tahun ini,” katanya dalam kenyataan susulan pertemuan dengan Presiden Prabowo Subianto kelmarin.  

    Airlangga berkata pengumuman itu dibuat menjelang lawatan Prabowo ke SEZ Batang esok sambil menyatakan bahawa kerjasama TCTP telah dibincangkan semasa pertemuannya dengan Presiden China, Xi Jinping di Beijing tahun lepas.  

    Beliau berkata Indonesia juga bersedia untuk memperluas Taman Digital Nongsa di Batam, dengan beberapa pusat data dirancang untuk dibangunkan dalam beberapa bulan akan datang. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda