Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Indonesia rai Hari Kemerdekaan di ibu kota baharu

    SEPAKU, 17 OGOS – Indonesia meraikan sambutan Hari Kemerdekaan buat pertama kalinya di hutan hujan purba di timur Borneo hari ini yang bakal menjadi ibu kota baharu negara itu pada masa akan datang.

    Negara itu merancang untuk meninggalkan Jakarta yang kini terlalu padat, sesak dan semakin tenggelam.

    Nusantara yang terletak 2,000 kilometer dari Jakarta itu bakal menjadi pusat politik baharu negara keempat terbesar di dunia. Ia adalah projek yang menjadi legasi kepimpinan Presiden Joko Widodo namun menerima tentangan daripada aktivis alam sekitar yang memberi amaran ia boleh mempercepatkan kemusnahan hutan tropika yang menjadi rumah kepada habitat hidupan liar seperti orang utan.

    Tetapi, kerajaan itu sedang bersedia untuk meningkatkan projek infrastruktur di kawasan Pulau Borneo itu, membabitkan kira-kira 56,180 hektar sebelum tempoh pentadbiran Widodo berakhir pada tahun 2024.

    Ketua Pihak Berkuasa Ibu Negeri, Bambang Susantono, yang akan mentadbir bandar baharu itu, berkata Indonesia memanfaatkan semangat kemerdekaan Hari Kemerdekaan ke-77 untuk mengukuhkan azam dan semangat penduduk bagi membina ibu kota baharu. – AFP

    Pengunjung yang hadir melihat majlis pengibaran bendera di bandar masa depan Indonesia di Sepaku, Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur pada 17 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...