Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia rampas kapal berbendera Malaysia

    JAKARTA, 29 SEPT – Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan Indonesia hari ini berkata ia telah merampas sebuah kapal nelayan berbendera Malaysia yang berada di perairan Indonesia di Semenanjung Melaka.

    Kapten dan kesemua keempat-empat anggota kru di dalamnya adalah warga Indonesia, katanya.

    Ketua Pengarah Penyeliaan Sumber Marin dan Perikanan di kementerian itu, Adin Nurawaluddin berkata kapal yang dikesan pada Ahad itu didapati telah menceroboh bersama pukat tunda dilarang. Data menunjukkan sejak Januari, Kementerian Indonesia telah merampas 48 buah kapal asing yang menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Minyak harum Nur