Wednesday, March 5, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia rancang 20 projek tenaga pada 2025

    JAKARTA, 4 MAC – Indonesia merancang lebih daripada 20 projek tenaga bernilai kira-kira AS$40 bilion pada tahun ini, kata menteri tenaganya hari ini ketika ia berusaha meningkatkan kapasiti penapisan domestik.

    Projek-projek itu termasuk tawaran untuk menggunakan arang batu sebagai alternatif kepada bahan api masakan import yang popular.

    Indonesia yang bergantung kepada arang batu, ekonomi terbesar di Asia Tenggara, adalah salah sebuah negara pencemar utama dunia tetapi Presiden Prabowo Subianto tahun lepas komited untuk menghentikan penjanaan tenaga arang batu secara berperingkat selama 15 tahun dan mencapai pelepasan sifar bersih menjelang pertengahan abad.

    “Kami telah membentangkan kira-kira 21 projek… dengan jumlah pelaburan sekitar AS$40 bilion,” kata Menteri Tenaga, Bahlil Lahadalia dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh istana presiden hari ini selepas beliau bertemu Prabowo. Projek-projek itu adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk mengembangkan ekonomi Indonesia dan mewujudkan pekerjaan dengan mempertingkat kapasiti domestik untuk menapis komoditi daripada minyak kepada nikel.

    Antara rancangan tersebut ialah projek menggunakan arang batu untuk menghasilkan dimetil eter (DME) sebagai pengganti gas petroleum cecair (LPG).

    “Kami akan melakukannya supaya produk itu benar-benar dapat dipasarkan di dalam negara sebagai pengganti import,” kata Bahlil. Kebanyakan LPG yang dijual di dalam negara di Indonesia pada tahun 2023 adalah diimport. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda