Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Indonesia rancang bina loji tenaga nuklear, cari pelabur

    JAKARTA, 4 DIS – Indonesia berhasrat membangunkan loji tenaga nuklear pada 2039 untuk mencapai pengeluaran sifar bersih dan menyokong keperluan domestik bagi tenaga, Badan Pengawas Tenaga Nuklear (BAPETEN) menyatakan, hari ini.

    Pengarah bagi Pemasangan Nuklear dan Kawalan Bahan di agensi tersebut, Haendra Subekti berkata dalam satu kenyataan bahawa untuk merealisasikan sasaran itu, Indonesia pada masa ini sedang mencari pelabur-pelabur bagi membantu membiayai pembinaan loji berkenaan.

    “Kami telah mendraf perundangan mengenai keselamatan infrastruktur nuklear, menyediakan lokasi bagi loji dan merumuskan percubaan operasi. Kesemua ini telah hampir selesai,” kata Subekti, menambah bahawa loji tenaga tidak akan dibina di kawasan-kawasan terdedah kepada gempa.

    “Buat masa ini, terdapat beberapa syarikat swasta yang sanggup melabur, tetapi kami menjangkakan lebih banyak pelabur akan muncul,” katanya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...