Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Indonesia rancang bina sistem LRT di Bali

    JAKARTA, 29 SEPT – Indonesia merancang memulakan pembinaan sistem transit aliran ringan (LRT) di pulau peranginan popular Bali tahun depan bagi mengurangkan kesesakan jalan raya dari lapangan terbang, kata seorang menteri kanan.

    Bali yang bergantung kepada pelancong menarik berjuta-juta pelawat asing setiap tahun dan jalan sempit di pulau itu telah dibelenggu kesesakan lalu lintas sejak dibuka semula selepas pandemik COVID-19.

    Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan semalam berkata sistem LRT akan dibina di bawah tanah dan menghubungkan lapangan terbang antarabangsa pulau itu ke kawasan pelancongan popular Canggu dan Seminyak.

    “LRT (di Bali) akan dibina di bawah tanah jadi trafik di lapangan terbang Bali… pada 2025-2026 boleh terkawal,” katanya di ibu negara Jakarta, menurut laporan media tempatan.

    Beliau berkata lapangan terbang itu dijangka menerima 24 juta pelawat setiap tahun pada masa itu.

    “Jika ia tidak dilakukan, maka pada 2026 kita boleh terperangkap tiga jam di lapangan terbang,” katanya kepada pemberita.

    Projek itu, yang diarahkan oleh Presiden Joko Widodo, telah menarik minat pelaburan di Seoul, Tokyo dan Beijing, katanya.

    “Ada Korea Selatan, Jepun dan China. Kami akan mengambil mereka yang membenarkan pemindahan teknologi, cepat dan berpatutan,” katanya ketika ditanya siapa yang boleh membantu membiayai projek itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...