Thursday, December 26, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia rancang sekat 191,000 telefon bimbit

    JAKARTA, 3 OGOS – Polis Indonesia merancang untuk menyekat sejumlah 191,000 telefon bimbit, dengan iPhone menjadi majoriti, berikutan ketidakpatuhan terhadap peraturan Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa (IMEI) negara.

    Langkah itu dibuat ketika Bahagian Jenayah Siber berusaha menangani isu kerugian pendapatan negara yang dianggarkan berjumlah 350 bilion rupiah (RM105 juta), akibat pengelakan duti import.

    “Kami sedang mengenal pasti pendekatan terbaik supaya orang ramai tidak panik dan melindungi kepentingan mereka sebagai pengguna,” menurut ketua bahagian Brigedier Jeneral Adi Vivid Agustiadi Bachtiar dalam satu kenyataan. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda