Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia rancang wujudkan kawasan konservasi laut baharu

    JAKARTA, 8 MEI – Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia merancang untuk mewujudkan 200,000 hektar kawasan konservasi laut baharu tahun ini bagi meningkatkan daya tahan marin, memelihara alam sekitar dan menyokong pertumbuhan ekonomi, menurut seorang pegawai kanan pada Rabu.

    Kementerian itu komited untuk memperkukuh pengurusan karbon biru dan meningkatkan keberkesanan pengurusan kawasan konservasi, kata Ketua Pengarah Perancangan Ruang Laut kementerian berkenaan, Kartika Listriana.

    “Kami akan mewujudkan 200,000 hektar kawasan konservasi laut baharu pada 2025,” umum beliau pada satu sidang media, lapor Xinhua.

    Listriana menjelaskan bahawa rancangan itu selaras dengan perancangan ruang laut yang mampan.

    “Penyepaduan perancangan ruang laut adalah penting bagi memastikan penggunaan laut dijalankan secara bertanggungjawab, mampan dan adil untuk semua pihak, termasuk komuniti pesisir dan generasi akan datang,” katanya. – Bernama

    Pantai Labuan di Kampung Teluk, Daerah Labuan, Kabupaten Pandeglang, Banten, Indonesia, pada 29 Disember 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda