Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia sambut baik perubahan dasar pengurusan pekerja asing di Malaysia

    PUTRAJAYA, 31 JAN – Malaysia telah menerangkan kepada Indonesia tentang perubahan dasar dan penjajaran fungsi pengurusan pekerja asing di Malaysia dan ia disambut baik oleh republik itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar – Bernama).

    Saifuddin berkata perkara itu antara yang disentuh dalam pertemuannya dengan Menteri Ketenagakerjaan, Ida Fauziyah dan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia, Yasonna H. Laoly semalam, sempena lawatan kerja delegasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) ke Indonesia.

    Indonesia antara negara sumber utama pekerja asing, adalah negara pertama yang dilawati delegasi bagi menyusul keputusan pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk

    Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) awal bulan ini terkait dengan pengurusan penggajian pekerja asing.

    Saifuddin berkata beliau telah menerangkan tentang perubahan dasar di Malaysia berkenaan pekerja asing yang merujuk kepada penjajaran pengurusan pekerja asing termasuk Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dan pelanjutan Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin 2.0 yang akan mengisi ke-perluan tenaga kerja dalam sektor-sektor kritikal untuk memacu pembangunan ekonomi negara.

    “Pihak Indonesia menyambut baik perubahan dasar dan penjajaran fungsi pengurusan pekerja asing di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini, serta menambah persetujuan itu akan dimanifestasikan melalui perbincangan di peringkat pegawai dalam mekanisme
    jawatankuasa sedia ada antara dua negara itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda