Tuesday, March 11, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia sasar pengurusan sisa 100 peratus menjelang 2029

    JAKARTA, 10 MAC – Kerajaan Indonesia menetapkan sasaran untuk mencapai pengurusan sisa sampah sepenuhnya menjelang 2029, seperti yang digariskan dalam Rancangan Pembangunan Jangka Sederhana Nasional (RPJMN) 2025-2029, lapor Xinhua.

    Menteri Alam Sekitar dan Hutan Indonesia, Hanif Faisol Nurofiq berkata antara langkah utama bagi mencapai matlamat ini adalah dengan menutup tapak pelupusan akhir (TPA) yang masih menggunakan sistem pembuangan terbuka.

    Sekurang-kurangnya 343 TPA yang beroperasi dengan kaedah ini akan ditutup secara berperingkat.

    “Fasa pertama akan melibatkan penutupan 37 tapak pelupusan dan kami menyasarkan untuk menyelesaikannya dalam tempoh enam bulan,” katanya pada sidang media.

    Beliau turut menjelaskan bahawa sasaran 100 peratus pengurusan sisa menjelang 2029 adalah semakan semula kepada matlamat asal yang sepatutnya dicapai pada 2025.

    Namun, sasaran awal itu tidak lagi dapat dilaksanakan kerana data terkini kementerian menunjukkan pengurusan sisa hanya mencapai 39.01 peratus.

    Menurut data Sistem Maklumat Pengurusan Sisa Nasional, sehingga 2024, Indonesia merekodkan sejumlah 32.6 juta tan sisa daripada 301 daerah dan bandar. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda