Wednesday, March 26, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia sedia ubah haluan penerbangan

    Pihak berkuasa Indonesia sedia ubah haluan penerbangan ke pulau Bali berikutan meningkatnya kebimbangan meletupnya Gunung Agung. – AFP

    KARANGASEM, Indonesia, 27 Sept – Pihak berkuasa Indonesia sedia menunggu untuk mengubah haluan penerbangan ke pulau percutian Bali apabila gegaran yang semakin kerap di gunung berapi menimbulkan kebimbangan satu letusan akan berlaku tidak lama lagi.

    Gunung Agung, 75 kilometer dari pusat pelancong Kuta, telah bergegar sejak Ogos, mengancam akan meletus untuk kali pertama dalam lebih 50 tahun dan memaksa lebih daripada 80,000 orang melarikan diri dari rumah mereka.

    Bali menarik berjuta-juta pelawat asing setiap tahun ke pantainya dan satu letusan akan memberi tamparan kepada ekonominya yang bergantung pada pelancongan.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda