Monday, December 2, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia sekat jualan iPhone 16

    JAKARTA, 29 OKT – Indonesia melarang pemasaran dan penjualan model iPhone 16 berikutan kegagalan Apple memenuhi peraturan pelaburan tempatan, menurut kementerian industrinya.

    Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu mempunyai penduduk muda yang celik teknologi dengan lebih 100 juta orang di bawah umur 30 tahun, tetapi Apple masih tidak mempunyai kedai rasmi di negara itu, memaksa mereka yang mahu produknya membeli daripada platform jualan semula.

    Jurucakap Kementerian Industri Indonesia berkata telefon import model iPhone 16 yang dilancarkan September lalu tidak boleh dipasarkan di dalam negara kerana unit tempatan Apple tidak memenuhi syarat bahawa 40 peratus telefon dibuat daripada alat tempatan.

    “Telefon iPhone 16 yang diimport oleh pengimport berdaftar belum lagi boleh dipasarkan di dalam negara ini,” kata jurucakap kementerian, Febri Hendri Antoni Arif, dalam satu kenyataan hari ini.

    “Apple Indonesia tidak memenuhi komitmen pelaburannya untuk mendapatkan pensijilan,” tambahnya.

    Untuk mencapai peratusan itu, Apple mesti melabur di Indonesia dan mendapatkan bahan di Indonesia untuk digunakan dalam komponen iPhone, menurut laporan media tempatan.
    Bagaimanapun, Apple tidak menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen.

    Kementerian itu berkata telefon Apple baharu itu boleh dibawa ke Indonesia selagi ia tidak didagangkan secara komersial. Ia menganggarkan hanya 9,000 unit model baharu itu telah memasuki negara itu, yang mempunyai populasi sekitar 280 juta. – AFP

    Seorang pekerja pengedar sah yang menjual produk Apple membuka kedai di Jakarta pada 29 Oktober. –AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda