Wednesday, January 8, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh

    MEXICO CITY, 7 JAN – Kerajaan Brazil yang mengambil alih jawatan Pengerusi BRICS pada 1 Jan, mengumumkan kemasukan Indonesia ke dalam organisasi itu sebagai anggota penuh, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik kenyataan Kementerian Luar Brazil kelmarin.

    “Sebagai sebahagian daripada tempoh jawatan Pengerusi BRICS oleh Brazil, yang bermula pada 1 Januari dan akan berakhir pada 31 Disember 2025, Kerajaan Brazil pada hari ini, 6 Januari, secara rasmi mengumumkan penerimaan Republik Indonesia sebagai anggota penuh BRICS,” menurut kenyataan kementerian itu. – Bernama/Sputnik 

    Sekitar bandar di Jakarta, Indonesia. Indonesia kini sertai BRICS. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda