Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia seru tindakan konkrit bagi pelucutan senjata nuklear

    JAKARTA, 28 FEB – Di Persidangan Perlucutan Senjata di Geneva, Switzerland kelmarin, Indonesia menggesa negara-negara dunia mengambil tindakan konkrit untuk menggalakkan pelucutan senjata nuklear.

    Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berkata usaha itu terhenti lebih suku abad kerana tiada azam politik, kerumitan situasi keselamatan global dan dibelenggu mentaliti Perang Dingin.

    Tanpa tindakan konkrit yang muktamad, Retno memberi amaran bahawa bencana nuklear hanya menanti masa, dan risiko ini semakin besar tatkala persaingan antara kuasa-kuasa besar semakin sengit.

    Dalam ucapannya di persidangan itu, beliau menggariskan tiga langkah untuk menggalakkan kemajuan dalam pelucutan senjata nuklear, termasuk memulihkan azam politik mengenai Jaminan Keselamatan Negatif (NSA).

    NSA memberi jaminan negara-negara yang memiliki senjata nuklear tidak akan menggunakan atau mengancam negara tanpa senjata nuklear menggunakan senjata pemusnah itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda