JAKARTA, 31 JULAI – Indonesia bersiap sedia menghadapi kebakaran hutan akibat fenomena iklim El Nino yang menyebabkan kemarau panjang dan kemuncaknya dijangka berlaku pada Ogos hingga September, menurut Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan hari ini.
Ketua agensi, Suharyanto, menyatakan kerajaan telah mengerahkan pasukan darat, melatih penduduk tempatan dan mempersiapkan alat seperti teknologi pengubahsuaian cuaca, aplikasi pemantauan, pesawat pengebom air dan helikopter.
“Sekitar 31 helikopter telah dikerahkan untuk mendatangi lokasi-lokasi terpencil,” tambah Suharyanto.
Enam wilayah mudah terdedah telah dipantau mengikut keutamaan termasuk Sumatera Selatan, Riau, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Tengah.
Musim kemarau telah bermula di 63 peratus kawasan wilayah Indonesia dan dijangka lebih teruk daripada tiga tahun lepas, menurut pegawai Agensi Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik, Fachri Radjab.
Kesan El Nino tidak akan disedari sehingga Disember, walaupun puncaknya berlaku pada bulan Ogos hingga September, tambah Radjab. – Xinhua