Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Indonesia siasat dakwaan 1,000 anggota dewan rakyat terlibat judi dalam talian

    JAKARTA, 27 JUN – Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan melibatkan lebih 1,000 anggota DPR, Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) dan sekretariat agung masing-masing atas dakwaan penglibatan mereka dalam aktiviti judi dalam talian.

    Pengerusi Suruhanjaya III, Bambang Wuryanto, menyatakan semasa sesi di kompleks Parlimen kelmarin bahawa Majlis Etika mungkin mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat.

    “Selepas menamatkan siasatan, dapatan itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya III. Majlis Etika mempunyai kuasa untuk memanggil individu yang dinamakan dalam laporan itu,” katanya.

    Menurut Bambang, siasatan itu didorong oleh laporan daripada Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) yang menekankan keperluan untuk ketelusan dan akauntabiliti dalam barisan kerajaan.

    Ketua PPATK, Ivan Yustiavandana, menyatakan bahawa pusat itu bersedia untuk menyediakan data terperinci kepada penggubal undang-undang, khususnya Majlis Etika, mengenai transaksi bernilai 25 bilion rupiah atau kira-kira AS$1.74 juta.

    Beliau juga mendedahkan semasa mesyuarat bahawa transaksi kewangan yang dikaitkan dengan judi dalam talian di republik itu telah mencecah 101 trilion rupiah atau AS$7.04 bilion pada suku pertama tahun 2024.

    Timbalan pengerusi Suruhanjaya III, Habiburokhman menekankan implikasi sosial dan undang-undang, menyebut kemungkinan tuduhan jenayah di bawah undang-undang Indonesia bagi peserta dalam judi dalam talian. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...