Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Indonesia siasat kemungkinan terdapat kesan radioaktif dalam udang eksport

    JAKARTA, 22 OGOS – Indonesia sedang menyiasat kemungkinan pencemaran radioaktif melibatkan Cesium-137 susulan laporan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bahawa udang sejuk beku dari negara itu mungkin terdedah kepada bahan radioaktif, lapor agensi berita ANTARA.
     
    Menteri Alam Sekitar,  Hanif Faisol Nurofiq ketika melawat Cikande di Daerah Serang, Banten kelmarin berkata siasatan yang diketuai Menteri Kelautan dan Perikanan Sakti Wahyu Trenggono mendapati kemudahan pemprosesan udang di Cikande memperoleh bekalan udang dari Lampung.
     
    “Menteri Kelautan dan Perikanan telah melawat lokasi dan mengenal pasti kemungkinan sumber Cesium-137. Ini amat luar biasa,” kata Hanif.
     
    “Kami akan menjalankan siasatan menyeluruh kerana kehadiran cesium secara tiba-tiba dalam pemprosesan udang menimbulkan risiko serius,” katanya.
     
    Beliau menjelaskan bahawa pasukan pakar akan dihantar untuk menilai keadaan di lapangan. “Yang jelas, kita mesti mengenal pasti puncanya bagi mengelakkan kebimbangan orang ramai dan kerugian besar dalam sektor eksport,” tegasnya. – Bernama 
     
    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    Berita Berkaitan

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Angka korban tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada 30

    BANJARNEGARA, INDONESIA, 21 NOV - Angka kematian akibat beberapa...

    ‘Penempatan pengawal kebangsaan di Washington oleh Trump tidak sah’

    WASHINGTON, 21 NOV – Seorang hakim persekutuan kelmarin memutuskan...

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Terkini

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...

    Siklon tropika Fina landa Utara Australia

    SYDNEY, 23 NOV - Penduduk Wilayah Utara Australia mula...