Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia siasat kes korbankan pegawai

    JAKARTA, 19 MAC – Polis dan tentera Indonesia melancarkan siasatan bersama selepas tiga pegawai polis terbunuh dalam serbuan ke atas gelanggang sabung ayam haram di Way Kanan, wilayah Lampung Isnin lalu. 

    Ketua Polis Negara Batin Inspektor Lusiyanto, serta dua anggota dari Unit Siasatan Jenayah Way Kanan, Ketua Brigedier Petrus Apriyanto dan Brigedier Dua Ghalib Surya Ganta terbunuh semasa polis melakukan serbuan di kampung Karang Manik, mukim Negara Batin.

    Ketua Polis Lampung, Inspektor Jeneral Helmy Santika berkata Unit Siasatan Jenayah dan tentera wilayah, Polis Tentera Kodam II Sriwijaya kini bekerjasama bagi mengenal pasti dalang di sebalik insiden itu. 

    “Kami komited untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh dan telus,” katanya seperti dipetik Kompas TV. 

    Sementara itu, polis tentera menahan dua individu susulan kejadian, namun peranan mereka dalam serangan masih belum dapat dipastikan. 

    Jurucakap Kodam II Sriwijaya, Kolonel Eko Syah Putra Siregar mengesahkan dua anggota tentera telah menyerah diri dan sedang disiasat. 

    Komander Korem 043, sebuah divisyen di bawah Kodam II Sriwijaya, Brigedier Jeneral Rikas Hidayatullah memberi jaminan bahawa mana-mana anggota tentera yang didapati terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib yang tegas. 

    Pihak berkuasa turut menganalisis bukti, termasuk peralatan sabung ayam dan 12 kelongsong peluru yang ditemukan di lokasi kejadian. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda