Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Indonesia siasat Shopee, Lazada disyaki langgar anti-persaingan

    JAKARTA, 28 MEI – Agensi anti-persaingan Indonesia kelmarin berkata ia sedang menyiasat unit tempatan milik gergasi e-dagang Shopee dan Lazada untuk tuduhan pelanggaran peraturan anti-persaingan.

    Agensi itu berkata ia sedang memantau dengan teliti syarikat PT Shopee Internasional Indonesia dan syarikat PT Ecart Webportal Indonesia, masing-masing unit domestik dari Shopee dan Lazada.

    Shopee, yang dimiliki oleh firma teknologi Asia Tenggara Sea Limited, dan Lazada, anak syarikat Kumpulan Alibaba China, adalah pemain utama dalam landskap e-dagang rantau ini.

    “Terdapat petunjuk bahawa Lazada telah terlibat dalam tindakan diskriminasi yang berpotensi menghalang persaingan dan membahayakan pelanggan,” kata pengerusi agensi itu, M. Fanshurullah Asa dalam satu kenyataan.

    Dia tidak mendedahkan butirannya, atau menyatakan dengan jelas pelanggaran Shopee itu, tetapi menggelar pelanggaran oleh kedua-dua syarikat adalah ‘serupa’.

    “Sekiranya pelanggaran itu terbukti, Lazada boleh dikenakan denda sehingga 50 peratus daripada keuntungan bersihnya atau 10 peratus daripada jumlah jualannya, yang diperoleh dalam pasaran berkaitan semasa tempoh pelanggaran,” tambahnya.

    Agensi itu akan memulakan pendengaran awal kes Shopee pada Selasa, katanya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...