Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Indonesia sokong Arab Saudi

    JAKARTA, 19 OKT – Persekutuan bola sepak Indonesia berkata ia menyokong usaha Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034, menamatkan kemungkinan cadangannya sendiri untuk menjadi tuan rumah bersama acara itu dengan Australia.

    Minggu lalu, presiden FA Indonesia, Erick Thohir berkata negara itu sedang berbincang dengan Australia untuk kemungkinan bidaan bersama Piala Dunia 2034, walaupun konfederasi Asia telah mengisytiharkan sokongannya terhadap pencalonan Arab Saudi.

    Namun Thohir, yang juga merupakan menteri dalam kerajaan Indonesia dan bekas pemilik kelab Serie A, Inter Milan, mengumumkan bahawa negara itu kini berusaha menjadi tuan rumah acara tersebut selepas 2034.

    “Indonesia menyokong usaha Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada 2034,” kata Thohir dalam satu kenyataan kelmarin.

    “Indonesia akan terus bersiap sedia untuk membida menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA selepas 2034, serta pertandingan FIFA yang lain,” tambahnya.

    Cadangan bidaan bersama Indonesia yang dibatalkan dengan Australia juga mungkin melibatkan permainan di New Zealand, Malaysia dan Singapura, kata Thohir minggu lalu.

    Bolasepak Australia menekankan awal bulan ini bahawa ia sedang mempertimbangkan cadangan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 tanpa menyebut perjanjian hos bersama dengan Indonesia.

    Tetapi pihak berkuasa Australia telah menyebut kemungkinan bidaan bersama dengan Jakarta pada bulan Jun. – AFP

    Presiden FIFA, Gianni Infantino (kanan), berjalan bersama Thohir sejurus tiba untuk pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Merdeka di Jakarta, Indonesia pada 18 Oktober 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...