Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Indonesia sumbang AS$1.19 juta kepada PNG selepas bencana tanah runtuh

    JAKARTA, 2 JULAI – Indonesia mengumumkan akan menghantar bantuan kemanusiaan bernilai 17 bilion rupiah atau kira-kira AS$1.19 juta yang terdiri daripada bekalan perubatan, keperluan harian dan set generator kepada Papua New Guinea (PNG).

    Menteri Penyelarasan Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy mengesahkan bahawa bantuan itu akan disampaikan pada 8 Julai melalui Agensi Pengurusan Bencana Nasional.

    Kejadian tanah runtuh pada 24 Mei di wilayah Enga menyebabkan kira-kira 1,180 rumah tertimbus dan 670 orang hilang dipercayai tertimbus.

    “Semoga bantuan yang kami berikan dapat meringankan penderitaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Penyelarasan dengan Kedutaan Papua New Guinea di Jakarta sedang dilaksanakan untuk mengoptimumkan pengagihan bantuan dan memastikan ia sampai kepada mereka yang paling memerlukan.

    “Bantuan antarabangsa telah diterima oleh Papua New Guinea dan Indonesia komited untuk meningkatkan sokongan,” katanya. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...