Tuesday, April 29, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia tahan 68 migran Rohingya dan Bangladesh, rancang guna laluan laut ke M’sia

    JAKARTA, 28 APRIL – Pihak berkuasa Indonesia menahan 68 migran, terdiri daripada etnik Rohingya dan warga Bangladesh yang dipercayai sedang bersiap untuk menyeberang ke Malaysia melalui laluan laut di Dumai, Wilayah Riau.

    Penduduk tempatan melihat kumpulan migran itu kira-kira 10:40 malam Sabtu di kawasan Jalan Parit 2, Tanjung Penyembal, sebelum melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan imigresen.

    “Kumpulan berkenaan terdiri daripada 26 warga Bangladesh dan 42 etnik Rohingya termasuk 10 wanita serta dua kanak-kanak,” kata Ketua Unit Penguatkuasaan Imigresen Dumai, Totok Purnawan kepada Metro TV.

    Pihak polis dan imigresen telah memulakan siasatan bersama berhubung kejadian itu dan tindakan selanjutnya akan diambil sebaik siasatan selesai.

    “Siasatan awal mendapati kumpulan migran itu merancang untuk masuk ke Malaysia menggunakan laluan laut secara haram,” katanya. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda