Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Indonesia tamatkan misi mencari dan menyelamat

    JAKARTA, 8 DIS – Pihak berkuasa Indonesia kelmarin berkata mereka telah menamatkan misi mencari dan menyelamat mana-mana pendaki yang hilang atau terkorban selepas letusan gunung berapi pada hujung minggu yang memgorbankan 23 orang.

    Ramai telah diselamatkan tetapi 23 orang ditemui mati, yang terakhir pada petang Rabu, dalam usaha menyelamat sukar yang dihambat oleh letusan lanjut dan cuaca buruk yang kadangkala memaksa pekerja mencari tempat berlindung.

    Pegawai berkata mereka percaya setiap orang yang hilang telah ditemui dan dipindahkan, walaupun kebimbangan awal menunjukkan mungkin ada yang menggunakan laluan mendaki tidak rasmi dan tidak dapat dikesan.

    Pendaki yang menerokai kawasan itu mesti mendaftar dengan pihak berkuasa tempatan melalui sistem tempahan dalam talian, membayar sedikit bayaran dan melalui pintu masuk yang ditetapkan.

    “Semua mangsa sudah ditemui, mangsa terakhir ditemui mati. Oleh itu, berdasarkan penilaian, operasi mencari dan menyelamat yang diketuai Basarnas ditutup,” kata pegawai agensi mitigasi bencana Agam, Ichwan Pratama dalam satu kenyataan kelmarin.

    “Kami akan tetap mengaktifkan pos kecemasan sekiranya masih ada keluarga yang mencari saudara mereka, mereka boleh datang ke sini dengan membawa data yang sah,” tambahnya. Timbalan ketua polis Sumatera Barat, Edi Mardianto berkata pada petang Rabu bahawa semua penyelamat akan kembali ke unit masing-masing.

    Ketua agensi vulkanologi Indonesia, Hendra Gunawan berkata Marapi diletakkan di tahap kedua sistem amaran empat peringkat sejak 2011, dan zon pengecualian tiga kilometer telah dikenakan di sekitar kawahnya. – AFP

    Anggota penyelamat membawa mayat seorang pendaki yang maut dalam letusan Gunung Marapi di Agam, Sumatera Barat, Indonesia pada 6 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...