Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Indonesia tegaskan perlunya susun semula strategi perangi keganasan

    JAKARTA, 23 SEPT – Indonesia menegaskan keperluan untuk menyusun semula strategi memerangi keganasan alam siber bagi mengekang ancaman masa kini dan masa depan.

    Menteri Luar Retno Marsudi membuat kenyataan itu ketika Mesyuarat Peringkat Menteri Forum Global Membanteras Keganasan (GCTF) ke-12 di New York pada Rabu.

    Mesyuarat GCTF diadakan di luar Perhimpunan Agung Petubuhan Bangsa-Bangsa Peringkat  bertujuan merancang keutamaan dan aktiviti pada masa hadapan.

    Retno, yang mempengerusikan secara bersama mesyuarat kumpulan memerangi ekstremisme ganas, berkata: “Ancaman keganasan terus meningkat di alam siber.”

    Beliau menegaskan bahawa pendekatan secara menyeluruh melibatkan kerajaan serta masyarakat, terutamanya wanita amat penting dalam membanteras ekstremisme dan menangani keganasan.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, beliau menyeru pengukuhan kerjasama pakar teknologi untuk mencegah penggunaan infrastruktur maklumat bagi menangani keganasan siber.

    Unit Perisikan Kewangan juga perlu bekerjasama dengan institusi perbankan dan kewangan untuk memutuskan rantaian pembiayaan keganasan, termasuk bertindak balas terhadap trend baharu, seperti penggunaan mata wang maya.

    GCTF, ditubuhkan pada 2011, memberi tumpuan kepada pembinaan kapasiti dan rangkaian dalam memerangi keganasan, serta berkongsi pengalaman, pembinaan kapasiti, dan amalan terbaik. Indonesia dan Australia baru-baru ini melancarkan pendekatan gender-sensitive untuk menangani ekstremisme. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...