Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia terima 221,000 kuota haji pada 2025

    JAKARTA, 21 JUN – Indonesia, penghantar jemaah haji terbesar dunia menerima kuota 221,000 jemaah haji bagi musim haji pada 2025.

    Pengumuman itu dibuat Menteri Hal Ehwal Agama, Yaqut Cholil Qoumas susulan penyertaannya dalam Majlis Penutup Perkhidmatan Haji 2024 dan acara pengagihan kuota di Mekah, anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

    “Kami berterima kasih kepada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi atas pengumuman awal mereka mengenai kuota itu, yang membantu dalam persiapan haji,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

    Menteri itu juga memuji pihak berkuasa Arab Saudi atas penguatkuasaan ketat mengenai peraturan visa haji dan bukan haji.

    Pada tahun ini, Indonesia membantu 241,000 jemaah haji yang terdiri daripada 213,320 jemaah biasa dan 27,680 jemaah khas. – Bernama

    Para jemaah menunaikan solat di sekitar Kaabah, di Masjidil Haram di kota suci Arab Saudi, Mekah pada 13 Jun 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda