Thursday, January 16, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia tingkatkan tahap amaran Gunung Ibu susulan letusan berterusan

    JAKARTA, 15 JAN – Tahap amaran bagi Gunung Ibu di Halmahera Barat, Maluku Utara dinaikkan kepada Tahap 4, iaitu tahap amaran tertinggi, berikutan risiko bahaya kepada masyarakat setempat.

    Amaran itu dikeluarkan pada 10 pagi waktu Indonesia Timur selepas siri letusan berterusan, menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) hari ini.

    Ketua BNPB, Leftenan Jeneral Suharyanto menggesa pihak berkuasa tempatan untuk terus berwaspada dan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) dalam menguruskan potensi impak dan tindak balas kecemasan.

    “Pasukan BPBD kini berada dalam keadaan siap siaga.

    “Mereka telah mengedarkan sungkup muka dan memaklumkan kepada penduduk mengenai bahaya yang mungkin berlaku sejak dua hari lalu serta bersedia membantu pemindahan jika diperlukan,” kata Suharyanto dalam satu kenyataan. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda