Saturday, December 28, 2024
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia tolak pelaburan AS$100 juta Apple

    JAKARTA, 26 NOV – Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan Apple sebanyak AS$100 juta untuk tempoh 2024-2026.

    “Kementerian Perindustrian menganggap cadangan yang dikemukakan oleh Apple tidak memenuhi aspek keadilan,” kata Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita kelmarin, sambil menambah bahawa pelaburan Apple tidak memberikan nilai tambah yang signifikan kepada hasil negara atau penciptaan pekerjaan.

    Jumlah pelaburan itu juga dianggap tidak adil berbanding dengan pelaburan yang dibuat oleh syarikat teknologi asing lain yang telah membuka kilang di Indonesia.

    Kementerian itu merancang untuk mengundang wakil Apple bagi membincangkan cadangan pelaburan baharu dan komitmen tertunggak sebanyak AS$10 juta untuk tempoh pelaburan 2020-2023.

    Kerajaan membuka ruang untuk rundingan bagi mencapai persetujuan mengenai pelaburan Apple di Indonesia supaya produk Apple, termasuk siri iPhone 16, dapat memperoleh pensijilan dan dipasarkan secara rasmi di Indonesia, kata Agus. – Xinhua

    Orang ramai melihat lebih dekat produk baru Apple selepas acara pelancaran produk di Cupertino, California, Amerika Syarikat, 9 September. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda