Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia uji kereta api diesel guna 40% campuran minyak sawit

    JAKARTA, 23 JULAI – Indonesia telah menjalankan ujian pertama lokomotif diesel yang menggunakan bahan api yang mengandungi 40 peratus minyak sawit, sebagai sebahagian daripada langkah kerajaan untuk meningkatkan penggunaan bahan api biodiesel berasaskan sawit dalam pelbagai jenis pengangkutan, lapor Xinhua.

    Program itu yang dikenali sebagai Biodiesel 40 (B40), menguji kebolehlaksanaan bahan api yang lebih bersih yang terdiri daripada 40 peratus asid lemak metil ester (FAME) yang diperoleh daripada minyak sawit mentah dan 60 peratus diesel bahan api fosil. Campuran itu bertujuan untuk menyediakan sumber bahan api alternatif untuk kenderaan.

    Dijalankan secara kolaboratif oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral negara dan pengendali kereta api milik kerajaan PT KAI, percubaan kelmarin menggunakan kereta api Bogowonto dalam perjalanan antara stesen Lempuyangan di Yogyakarta dan stesen Pasar Senen di ibu negara Jakarta.

    Dalam satu kenyataan yang diterbitkan hari ini, ketua pengarah tenaga baharu dan boleh diperbaharui kementerian, Eniya Listiani Dewi, berkata percubaan itu bertujuan untuk menguji ketahanan set penjana kereta api Bogowonto selama 1,200 jam.

    Dengan anggaran tempoh 22 jam setiap perjalanan pergi balik dari Lempuyangan ke Pasar Senen, Dewi menganggarkan bahawa keputusan akan dicapai dalam masa kira-kira dua bulan. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda