Monday, December 23, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia umum pembubaran Jemaah Islamiyah di Solo

    JAKARTA, 22 DIS – Badan Nasional Anti-Keganasan (BNPT) Indonesia dan Pasukan Khusus 88 Anti-Pengganas (Densus 88) Polis mengadakan deklarasi pembubaran Jemaah Islamiyah (JI) di Solo, Jawa Tengah kelmarin.

    Acara itu menandakan aktiviti ke-45 dan terakhir dalam siri program serupa yang diadakan di seluruh negara, kata Pesuruhjaya Jeneral Polis BNPT, Eddy Hartono dalam satu kenyataan.

    Bekas anggota JI turut mengangkat Sumpah Taat Setia kepada perpaduan Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan prinsip teras negara seperti Pancasila, demokrasi dan hak asasi manusia.

    Eddy menekankan kepentingan sokongan berterusan kepada bekas anggota JI, termasuk bimbingan, latihan dan aktiviti seperti wawasan kebangsaan dan keusahawanan.

    “Ini akan membolehkan mereka hidup aman dan harmoni dalam masyarakat kita yang berbilang budaya,” katanya semasa acara yang diadakan di Dewan Konvensyen, Terminal Tirtonadi.

    Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menerima bekas anggota JI, sambil menegaskan kepentingan pendekatan lembut dalam program seumpama itu.

    Deklarasi itu turut disambut baik oleh bekas anggota JI, Siswanto yang menyeru agar semua tindakan ekstremis dihentikan. – Bernama

    Listyo Sigit Prabowo bercakap kepada media selepas mengambil bahagian dalam upacara membentuk pasukan keselamatan bersama tentera dan polis untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 pada 1 September 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda