Thursday, November 21, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia unjur pertumbuhan eksport sehingga 9.6 peratus menjelang 2029

    JAKARTA, 20 NOV – Kementerian Perdagangan Indonesia meramalkan penghantaran ke luar negara berpotensi meningkat sehingga 9.6 peratus menjelang 2029, didorong oleh peningkatan perdagangan global, kata seorang pegawainya kelmarin, lapor Xinhua.

    Ketua Agensi Dasar Perdagangan kementerian itu, Fajarini Puntodewi berkata eksport Indonesia ke negara-negara yang mempunyai perjanjian perdagangan bebas sedang menunjukkan trend peningkatan dan dijangka terus berkembang.

    “Sasaran eksport adalah antara tujuh peratus hingga 9.6 peratus menjelang akhir 2029,” katanya.

    Berdasarkan data Kementerian Perdagangan, eksport kumulatif Indonesia mencecah AS$192.85 bilion setakat September tahun ini, mencatatkan kenaikan tahunan sebanyak 0.32 peratus. Puntodewi optimis bahawa sasaran itu akan dicapai memandangkan eksport Indonesia terus mengalami pertumbuhan.

    Antara produk eksport utama negara itu ialah minyak sawit, koko, kopi, getah, arang batu, timah, udang, perabot dan komoditi-komoditi lain. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda