JAKARTA, 6 OGOS – Indonesia dan Vietnam sedang berusaha ke arah meratifikasi perjanjian zon ekonomi eksklusif (EEZ) di Laut China Selatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Antara Parlimen Indonesia, Dr Fadli Zon.
Selepas 12 tahun mengadakan rundingan intensif, kedua-dua negara telah mencapai persetujuan mengenai sempadan EEZ masing-masing.
Pengumuman ini dibuat oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan rakan sejawatannya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc, di Istana Bogor di Jawa Barat pada Disember 2022.
Fadli menekankan bahawa kedua-dua negara kini dalam proses memuktamadkan pengaturan pelaksanaan dan ke arah meratifikasi perjanjian itu.
“Pelaksanaan itu adalah satu kemajuan besar yang signifikan bukan sahaja bagi kerjasama dua hala kami tetapi juga untuk keselamatan serantau,” katanya dalam ucapan pada dialog polisi yang diadakan di sini kelmarin. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P10-5-freepik_07082023.jpg)