Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Industri 5G perkukuhkan Fintech

    SINGAPURA, 12 NOV – Pelak-sanaan industri 5G di pasaran global khususnya di rantau ASEAN dijangka memperkukuhkan lagi ruang teknologi kewangan (fintech).

    Presiden Bersama Mastercard bagi Asia Pasifik Ari Sarker berkata jalur lebar baharu dengan kesalinghubungan yang pantas itu dijangka meringankan kos menjalankan perniagaan khususnya kos membeli terminal kad untuk memanfaatkan perkhidmatan awam.

    “Ruang fintech akan menjadi transformatif dan terus meningkat dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita ASEAN di pejabat Mastercard, di sini.

    Malaysia ketika ini mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan aspirasi kerajaan untuk memperkenalkan 5G mampu direalisasikan pada akhir 2021 atau 2022 seperti yang disasarkan, menjadikan Malaysia sebagai negara anggota ASEAN pertama yang menikmati kelajuan 5G yang dipertingkatkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda