Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Industri aeroangkasa jalin kerjasama strategik

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 DIS – Hampir 5,000 orang mengunjungi Pameran Penerbangan Selangor 2021 (SAS 2021) yang diadakan dari 25 hingga 27 November.

    SAS 2021 yang diadakan di kawasan seluas 2,663.99 meter persegi telah menyaksikan kehadiran 4,987 orang yang mana ini merupakan acara yang julung kali diadakan dan telah mengumpulkan 43 peserta pameran dari tujuh negara yang mewakili industri aeroangkasa dan penerbangan dunia.

    SAS 2021 itu juga menyaksikan 18 buah pesawat statik dipaparkan, antaranya jet komersial E195-E2 dari Embraer, T625 GÖKBEY dari Turkish Aerospace, Piaggio P-180 Avanti EVO dari Piaggio Aerospace dan Airbus Helicopters AS350 Écureuil.

    Selain itu, 13 memorandum persefahaman (MoU) mengenai pelbagai kerjasama daripada subsektor industri aeroangkasa telah ditandatangani, antaranya Menteri Besar Selangor (Incorporated) dan Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd; Selangor Aviation Technology & Innovation Sdn Bhd (SELATI) dan University Selangor (UNISEL); SELATI dan Aerodyne Group; HM Aerospace Sdn Bhd dan Apa Bilgi Teknolojileri Sanayi Ve Ticaret Limited Şirketi; Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd dan Pen Aviation Between Delta Aerospace Sdn Bhd dan Aeronautique Design & Services Bureau SA, Global Components Asia Sdn Bhd dan Malaysia Airlines Berhad, Global Components Asia Sdn Bhd dan Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd.

    Perjanjian yang ditandatangani meliputi pelbagai kerjasama seperti usaha sama pembangunan tenaga kerja vokasional untuk industri aeroangkasa, pembangunan Pusat Kecemerlangan Dron Selangor, hab latihan simulator, pusat sehenti MRO untuk dron dan cadangan pembangunan kemudahan pembuatan pesawat laut.

    Sementara itu, kerjasama strategik yang ditandatangani antara MAHB & ExecuJet Aviation Group akan menyaksikan Dassault Aviation melabur sehingga RM100 juta melalui ExecuJet MRO Services Malaysia (ExecuJet) untuk menubuhkan MRO baharu sebagai pusat sehenti untuk jet perniagaan bagi penyelenggaraan dan pengubahsuaian dalaman.

    Program lain sepanjang SAS 2021 termasuk perbincangan mengenai topik hangat dalam industri dan juga Hari Terbuka Edu untuk pelajar.

    Edisi kedua SAS akan diadakan di Subang dari 8 hingga 10 September 2022 dan dibuka untuk tempahan melalui bahagian aeroangkasa khusus Invest Selangor, Jabatan Koordinasi Industri Aeroangkasa Selangor Darul Ehsan. 

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda