Monday, December 23, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Industri anime Jepun catat jualan lebih 3 trilion yen

    TOKYO, 22 DIS – Saiz pasaran industri anime Jepun buat kali pertama melebihi 3 trilion yen pada 2023, disokong oleh jualan luar negara yang kukuh, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Ahad.

    Industri animasi Jepun mencatatkan kira-kira 3.3 trilion yen (sekitar AS$21 bilion) pada 2023, menandakan rekod tertinggi dan peningkatan 14 peratus berbanding sebelumnya pada 2022, menurut penyiar awam NHK yang memetik laporan terkini daripada Persatuan Animasi Jepun.

    Pendapatan anime dari luar negara melebihi pasaran domestik pada 2023, dengan jualan luar negara berjumlah 1.72 trilion yen, meningkat 18 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan industri itu.

    Sementara itu, pendapatan domestik berjumlah 1.62 trilion yen, merangkumi 49.5 peratus daripada jumlah keseluruhan.

    Hiromichi Masuda, ketua editor laporan berkata pasaran luar negara berkembang pesat hasil kekuatan pengedaran Internet.

    Beliau juga menegaskan bahawa animasi Jepun terus popular di dalam negara, namun secara konsisten menarik peminat di seluruh dunia, memberikan lonjakan tambahan kepada industri itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda