NAIROBI – April lalu, negara China bersetuju untuk menerima buah avokado dari Kenya, para petani daripada berskala kecil dan besar gembira dengan perkembangan eskport itu kerana secara tradisinya, hanya Eropah sahaja merupakan pasaran utama bagi avokado, Kenya menghadapi persaingan sengit dengan Afrika Selatan dalam pengeksportan ke Eropah.
Wellington Mutisya, salah seorang petani yang menanam pelbagai jenis avokado Hass di ladangnya seluas dua ekar di daerah timur Makueni, pernah bergelut dengan orang tengah yang menafikan mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan daripada buah yang bernutrisi itu.
Mutisya berkata jumlah tertinggi yang pernah diperolehinya daripada satu biji avokado Hass hanya AS$0.10, walaupun ia dianggap sebagai jenis buah yang terbaik kerana daya tahannya dan kandungan lemak yang tinggi.
“Saya hanya berharap kedua-dua buah kerajaan akan mencari cara untuk petani-petani seperti saya yang tiada peluang untuk mendapatkan faedah yang sepatutnya daripada hasil menuai itu dalam perjanjian tersebut,” kata Mutisya memberitahu Xinhua.
“Apa yang pasti, saya tahu avokado saya dijual di Eropah di mana saya dengar satu biji berjumlah tiga dolar tetapi jika dibeli daripada saya, ia berharga AS$0.10. Walau bagaimanapun saya berpositif terhadap pasaran China.”

Bukan sahaja Muisya yang terduka. Industri pengeksportan dijalankan oleh pekerja tengah yang pergi ke sekitar ladang-ladang untuk mengumpul buah-buahan dengan harga yang rendah dan akhirnya mereka menjual dengan harga yang tinggi untuk membina syarikat pengeksportan.
Tetapi dengan adanya negara yang membuka lebih banyak pasaran eksport untuk avokado, Mutisya ingin mencuba dengan cara yang berbeza.
“Saya tahu pasaran eksport adalah untuk produk yang besar tetapi saya merancang untuk mencubanya. Saya perlu bertemu dengan beberapa buah syarikat yang menubuhkan struktur bagaimana mereka bekerjasama dengan petani,” kata Mutisya.
“Sementara itu, saya akan bekerja bersama mereka terlebih dahulu, tetapi misi utama saya adalah untuk menubuhkan pengeksportan saya sendiri. Anak lelaki saya juga sedang dalam latihan dalam rantaian nilai harga eksport sambil membuat persediaan diri kami dalam menyertai pasaran baharu,” katanya.
Wilberforce Ngige, yang mengeskport produk segar ke Eropah selama beberapa dekad, menyatakan kebimbangan mengenai pengusaha kecil seperti Mutisya yang berkemungkinan tidak meraih keuntungan dengan membuka pasaran besar jika kerajaan tidak memberikan sokongan yang diperlukan.
“Kebanyakan petani tidak tahu mengenai kerja dalam mengumpulkan buah seperti itu untuk pasaran eksport. Selain daripada pemilihan itu, anda perlu mempunyai persijilan daripada pelbagai entiti dan mengekalkan standardnya bukannya mudah, sebahagian daripada kami yang masih membuat perniagaan ini telah mendapat kerugian besar kerana kesilapan kami pastinya boleh dielakkan jika kami mengetahuinya dengan lebih baik.
Pada tahun 2016, saya alami kerugian AS$5,000 selepas pengeluaran saya ditolak di United Kingdom,” kata Ngige.
Chris Mutai, pengusaha kecil-kecilan di selatan Lembahan Kenya, mengatakan sejak pengumuman pada April, beliau telah bekerjasama dengan rakannya. Mereka menyewa sebidang tanah seluas 20 ekar dan menanam pokok-pokok avokado selepas menjalankan latihan cara-cara menanam avokado . Mereka juga dalam proses mendaftarkan syarikat pengeksportan sebagai persediaan ke pasaran China.
Mereka juga mendapat anak benih yang disahkan dari Khidmat Inspektorat Kesihatan Tanaman Kenya (KEPHIS) yang telah mendidik para petani dalam memilih jenis sesuai untuk dieksport ke pasaran dan bagaimana cara menanamnya.
Ernest Muthomi, ketua pegawai eksekutif dalam komuniti avokado di Kenya mengatakan cabaran terbesar bagi petani adalah kejahilan dalam mengetahui jenis yang terbaik dalam pasaran dan bagaimana menanamnya.
“Kebanyakan petani hanya mengikuti cara yang sama. Mereka hanya melakukan apa yang mereka perhatikan daripada jiran-jiran mereka buat dan kesudahannya terbongkar apabila buah itu sudah matang dan bersedia untuk berada di pasaran.
“Mereka kekurangan pengetahuan dalam mengetahui jenis-jenis avokado kualiti bijian dan penanaman. Pasaran China memang besar tetapi ia mungkin tidak mendapat faedah kepada para petani jika cara yang sesuai tidak disempurnakan,” kata Muthomi.
Kenya telah menyediakan 50 jenis avokado termasuk jenis tempatan seperti avokado bersaiz besar seperti Hass dan Fuerte. – Xinhua