Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Industri hijau momentum baharu ekonomi China

    BEIJING, 20 JAN – Industri hijau yang penuh dengan kedinamikan menyuntik momentum baharu kepada pertumbuhan ekonomi China, kata naib ketua Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) Zhao Chenxin. 

    Selain itu, beliau berkata aktiviti hijau di dalam negara terus berkembang dengan ditunjangi oleh pemerkasaan inovasi teknologi hijau.

    “Nilai output industri penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar mencatat pertumbuhan purata sebanyak 10 peratus setiap tahun.

    “Kami (China) menduduki tempat pertama dalam skala pengeluaran kelengkapan tenaga bersih.

    “Selain itu, jumlah pengeluaran dan jualan kenderaan tenaga boleh diperbaharui (RE) mengukuhkan kedudukan di tangga teratas selama lapan tahun berturut-turut,” kata Zhao dalam sidang media di sini, kelmarin.

    Beliau turut menyatakan inovasi teknologi akan terus dipergiatkan untuk mempermudah pengurusan industri berkenaan.

    “Setakat akhir 2021, jumlah paten daripada sektor penjimatan tenaga dan perlindungan alam sebanyak 49,000 manakala sektor RE adalah 60,000.

    “Teknologi seperti dalam bidang RE, kawalan pencemaran dan pemantauan alam sekitar telah mencapai tahap bertaraf dunia,” kata Zhao. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...