BEIJING, 5 Nov – Industri Internet China melihat pertumbuhan dua digit dalam pelaburan pada suku ketiga.
Pelaburan dalam industri mencecah 6 bilion dolar AS pada suku ketiga, naik 22.2 peratus berbanding setahun sebelumnya, menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Akademi Maklumat dan Teknologi Komunikasi China.
Bagaimanapun, berdasarkan suku ke suku, jumlah tersebut merosot 55.6 peratus disebabkan kekurangan kes pelaburan yang besar.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/P18-A_061117.jpg)
Jumlah kes pelaburan mencecah 429 pada suku ketiga, meningkat sebanyak 75.1 peratus berbanding suku kedua, dan sebanyak 193.8 peratus dari tempoh yang sama tahun lalu, menunjukkan pasaran modal yang lebih aktif.
Di antara kesemua kes pelaburan, 83 berada dalam e-dagang, 77 dalam pembiayaan Internet, 48 dalam perkhidmatan perniagaan dan 36 dalam pendidikan internet.
Daripada segi nilai pelaburan, pembiayaan internet menarik paling banyak pelaburan, 1.26 bilion dolar, diikuti oleh pelancongan internet dan e-dagang. – Xinhua