Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Industri kopi Tenom berpotensi besar

    TENOM, 13 SEPT – Industri kopi Tenom sangat berpotensi sebagai sumber kekayaan baharu jika ia diperkasakan sebagai industri asas tani, kata Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mazlan Aliman.

    Justeru beliau menyarankan agar peluang keemasan itu perlu diceburi khususnya Pertubuhan Peladang (PPK) Tenom. “Sebab itu saya mencadangkan kepada PPK Tenom agar menjadikan produk kopi Tenom ini sebagai perniagaan utama. Saya berharap penglibatan PPK Tenom dalam industri kopi akan mendapat sokongan daripada pihak Kementerian, Jabatan dan Agensi dalam membantu pertubuhan itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Pejabat PPK Tenom di sini, hari ini.

    Bangunan berharga RM2.6 juta itu dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

    Menurutnya, kopi Tenom menjadi tarikan utama pelancong sehingga menjadi punca pendapatan masyarakat di daerah itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda