Oleh Danial Norjidi
INDUSTRI menyelam Brunei tidak lama yang lalu telah menjadi perhatian umum semasa pelancaran pakej menyelam Brunei yang telah diadakan di Kompleks Serasa, Watersports. Sebanyak lapan pakej menyelam telah dilancarkan dalam majlis pelancaran tersebut secara rasmi dan telah dirasmikan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong.
Aktiviti menyelam ini merupakan kerjasama antara Jabatan Pembangunan Pelancongan dan pengendali aktiviti menyelam tempatan, Oceanic Quest Sdn Bhd dan Poni Drivers Sdn Bhd, pakej yang telah dirasmikan itu digalakkan kepada penduduk tempatan dan juga pelancong antarabangsa di mana kursus-kursus menyelam turut disediakan untuk penduduk semua peringkat umur.
Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan menyampaikan ucapan pada majlis perasmian itu dan berkongsi maklumat bahawa bidang industri menyelam telah berupaya menjana pendapatan berjumlah $800,000 dalam masa tempoh 2010-2017 malah industri ini akan berupaya membantu usaha negara untuk mewujudkan sumber ekonomi yang lebih kuat, berlainan dan lestari.
Menurut Yang Berhormat Pehin lagi bahawa industri ini akan perlahan-lahan meningkatkan pendapatan ekonomi negara malah industri ini sudah bersedia untuk melompat dengan lebih tinggi lagi pada tahun 2020 apatah lagi sebanyak 5000 penyelam dijangka akan menggunakan pakej berkenaan ke negara ini. Yang Berhormat Pehin juga menerangkan bahawa lebih daripada 60 tapak menyelam termasuk 30 bangkai kapal, terumbu karang yang indah dan menakjubkan, hidupan laut yang kaya dan pelbagai dan banyak lagi di temui di kawasan lautan Brunei. Oleh itu, ia sekali gus menjadikan Brunei Darussalam sebagai salah sebuah destinasi menyelam yang hebat dan menarik.
“Brunei mempunyai lebih daripada 410 spesies karang dan 700 spesies ikan karang. Industri menyelam di negara ini merasa sangat bangga di atas sistem pemuliharaan marin yang berterusan malah hidupan laut di negara ini dianggap sebagai salah satu yang paling menakjubkan dan sihat di dunia,” ujar Yang Berhormat Pehin.
“Bagi proses kemapanan jangka panjang khususnya dalam industri ini, kita semua sebenarnya mempunyai peranan masing-masing untuk menjaga dan memulihara terumbu karang dan juga kepelbagaian hidupan laut,” tambah Yang Berhormat Pehin.
“Menurut statistik yang diberikan oleh pengendali industri menyelam, Brunei telah mencatatkan lebih 10,000 penyelam untuk 2010 dan 2017 dan bilangan purata menganggarkan sekitar 1,400 penyelam setiap tahun dan 38 peratus daripada bilangan itu merupakan pelancong antarabangsa. Pasaran sumber pelancongan utama Malaysia dan juga Singapura merupakan penyelam yang tertinggi iaitu sebanyak 40 peratus manakala penyelam yang lain datang dari benua Eropah, Australia, United Kingdom dan banyak lagi.” “Secara purata, para penyelam menghabiskan sekitar $1,500 setiap seorang dalam satu pakej dan tinggal sekitar enam hari,” jelas Yang Berhormat Pehin lagi.
Bahagian Jabatan Kemajuan Pelancongan mempunyai sasaran iaitu setinggi 5,000 penyelam setiap tahun sebagai salah satu usaha mereka bagi mendukung kemajuan Wawasan Brunei 2035 dan menjangka ketibaan pelancong sekitar 450,000 menjelang tahun 2020. Dalam mencapai matlamat ini, Yang Berhormat Pehin menggesa usaha padu oleh pengendali aktiviti menyelam,ejen pelancongan dan syarikat penerbangan dalam aktiviti-aktiviti promosi antarabangsa untuk mereka menarik lagi penyelam baru.
“Kita sendiri menyedari bahawa aktiviti menyelam adalah satu pasaran khusus yang memerlukan banyak promosi untuk memastikan pertumbuhan maju sektor ini. Oleh itu, promosi pakej menyelam dan bukan menyelam adalah penting dan sekiranya ia dipertingkatkan lagi untuk memasukkan beberapa produk serta pengalaman pelancongan yang lain seperti Daerah Temburong, Kampong Ayer dan sebagainya,” tambah Yang Berhormat Pehin.
Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Haji Ali juga menekankan keperluan untuk tampil dengan produk segar dan menarik untuk inisiatif memastikan kualiti yang tinggi dalam perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali menyelam di Brunei.
Yang Berhormat Pehin turut berkata bahawa Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Pembangunan Pelancongan telah bekerja rapat dengan pengendali aktiviti menyelam, Jabatan Laut, Tentera Laut Diraja Brunei, Persatuan Travel Agents Brunei dan Persatuan Hotel Brunei.
Organisasi-organisasi ini berperanan penting dalam memastikan prosedur yang betul dan prasarana yang baik serta terpelihara untuk kepentingan penyelam. “Pihak kerajaan percaya bahawa industri menyelam akan terus membantu dalam usaha negara untuk mewujudkan ekonomi yang kukuh, pelbagai dan juga mampan,” tambahnya.
Usaha yang berterusan
“Kami memuji pihak pengendali aktiviti menyelam di atas usaha mereka yang berterusan dalam memberikan kesan positif kepada ekonomi dan membolehkan kita untuk bergerak dengan lebih dekat lagi kepada kepelbagaian ekonomi Brunei sekali gus mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035,” tambah Yang Berhormat Pehin.
Selain pelancaran rasmi pakej tersebut, majlis berkenaan turut diserikan lagi dengan tayang video ringkas dan Yang Berhormat Pehin dijemput untuk melihat pameran mini yang memaparkan beberapa aktiviti menyelam termasuk tawaran dalam pakej menyelam baru.
Pada sebelah petang majlis pelancaran tersebut, Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Haji Ali telah melawat tapak-tapak menyelam iaitu di Pelong Rock atau Pulau Pilong-Pilongan yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Pantai Serasa dan boleh dilihat dari kawasan Pantai Meragang dan juga Pantai Muara.
Tapak ini adalah salah satu tempat yang paling terkenal untuk pemula aktiviti menyelam dan snorkel. Terdapat juga banyak tempat menyelam di sekitar kawasan itu seperti Pelong Selatan, Pelong Timur, Pelong Lagoon, Pelong Ridges dan juga Gua Pelong yang sebenarnya kurang dikenali. Pembentukan batu yang indah ini menjalar dari bawah permukaan air, Pelong Rock adalah kawasan yang terjaga dan dilindungi.
Pengarah Poni Divers Sdn Bhd, Thye Wong Sing memberitahu media semasa majlis pelancaran aktiviti baru itu bahawa pakej yang ditawarkan adalah seperti menyelam bebas, menyelam teknikal, fotografi dalam air dan projek-projek pemuliharaan marin.
“Menyelam menjadi salah satu aktiviti yang paling menyeronokkan dan terkenal di Brunei pada hari ini,” tambah Thye kepada media. Malah apa yang menarik, kawasan lautan Brunei turut ada kewujudan 30 bangkai kapal di kawasan Teluk Brunei.
Apabila ditanya mengenai cabaran dalam menguruskan syarikat menyelam di Brunei, beliau berkata, “Apabila kami mula-mula memulakan syarikat ini dulu, semua kakitangan saya tidak dapat menyelam dan ia sangat mencabar. Namun, sejak itu, kami telah membuat banyak kemajuan dan telah melatih penduduk tempatan untuk menjadi pemandu menyelam dan mengajar teknik skuba. Ia mengambil masa beberapa tahun untuk dicapai, namun kita sudah pasti berada di kedudukan yang lebih baik sekarang untuk melakukan aktiviti menyelam di Brunei,” tambah Thye lagi kepada media.
Menyentuh mengenai potensi industri menyelam di Brunei, beliau berkata, “Kami pasti mempunyai banyak ruang untuk sentiasa berkembang, setiap kali kita pergi ke beberapa lokasi seperti UK, Australia, China, Hong Kong, Singapura dan Malaysia serta kelab-kelab negara yang lain, ada yang masih tidak menyedari satu hakikat bahawa Brunei juga mempunyai aktiviti-aktiviti menyelam. Jadi kita dapat meningkatkan lagi kesedaran itu dan cuba memperluaskan lagi industri ini dan menekankan betapa pentingnya pemuliharaan marin.”
Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan telah mengambil langkah-langkah untuk melindungi hidupan laut di bawah air, termasuk boya penambat di sekitar tapak menyelam untuk membenarkan pengendali untuk mendapatkan bot menyelam mereka dan mencegah kerosakan kepada batu karang.
Turut hadir dalam majlis pelancaran pakej menyelam itu ialah setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, pegawai asing, pemangku kepentingan menyelam, perwakilan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, pengusaha hotel, ejen pelancongan dan pengusaha pelancongan.